Monday, November 14, 2011

Monday Blues


bismillah...
















Monday, September 12, 2011

Syawal 1432 Tanpa Mu Bonda : Terasa Sepi & Sedih


pagi 1 syawal 1432 ...
bersedia utk solat sunat aidil fitri & ziarah pusara bonda

salam...

salam aidil fitri , maaf zahir dan batin buat semua sahabat .
sambut raya ogos 2011 tanpa mu bonda tercinta.
tiada teruja untuk membuat persiapan raya seperti tahun2 sebelumnya ketika mak masih ada. tapi sempatlah tempah jubah raya untuk mak sebelum bulan puasa lagi , sempat juga beli karpet baru dan bawa balik dan tunjuk pada pada mak seminggu sebelum mak koma .
tiada biskut2 raya yg di buat sendiri atau dibeli.. tiada tiada tiada.

sempat beli sehelai jubah putih untuk dipakai ke mesjid solat sunat aidil fitri bersama ayahanda & menziarah pusara bonda.
atas permintaan adik beradik dan juga untuk ayah, aku sediakan juga makanan pagi raya yang jadi turun murun bonda setiap kali raya. nasi himpit kuah kacang ayam resepi bonda . alhamdulillah....

salam pagi raya kami hanya dengan ayahanda. tiada lagi tangan hangat bonda untuk disalam, dicium dan didakap.

alfatihah...
semoga roh bonda dirahmati Allah dan ditempatkan bersama2 org yang beriman.
amin.


terpaksa juga tinggalkan ayahanda dan kembali kesini untuk kerja. setiap saat dan ketika merindui arwah bonda. hanya gambar2 & kenangan2 bersama arwah sentiasa bermain diingatan. hanya doa2 dan sedekah al-fatihah buatmu bonda ,
insyaAllah... akan aku .


7 pahala yang tetap mengalir setelah matinya seorang anak adam:

Dari Anas r.a berkata bahwa ada tujuh amalan yang dapat diterima seseorang selepas matinya, amalan tersebut adalah :
  1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang yang beramal ibadat di dalamnya.
  2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang meminum daripadanya.
  3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapatkan pahala selagi ada orang yang membacanya.
  4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
  5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik manusia atau burung.
  6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
  7. Orang yang meninggalkan anak yang sholeh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan selalu beristighfar kepadanya. yakni anak yang selalu dibekali ilmu al-Qur’an maka orang yang mengajarkannya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri

Dari Abu Hurairah r.a juga berkata, Rasulullah SAW bersabda : Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalannya, melainkan 3 macam :

  1. Sedekah yang berjalan terus.
  2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
  3. Anak yang sholeh yang mendoakan baik baginya.
wallahualam...



Thursday, August 18, 2011

7 Ramadhan 1432 / 7 Ogos 2011 : Bonda Kembali Ke Rahmatullah. Alfatihah. Semoga Roh Bonda Di Cucuri Rahmat & Di Tempatkan Bersama Orang Yang Beriman


Al- Fatihah....

buat arwah bonda tercinta.....


“Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku,

serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman;

dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan;

dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!” [Nuh 71:28]



“Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” [al-Isra’ 17:24]



aku:


17 julai 2011 , arwah bonda dimasukkan ke icu kerana sesak nafas selepas menjalani hemodailisis buah pinggang . selama 22 hari arwah bonda di hospital, koma 20 hari. 7 ogos 2011 @ 7 Ramadhan 1432, lebih kurang jam 2 pagi arwah bonda kembali ke Rahmatullah .

aku disisi arwah bonda ketika akhir hayat bonda . semoga doa2 ku, bacaan2 yaasin ku dan talkin ku buat arwah bonda diterima Allah swt dan sampai kepada allahyarhamah bonda ketika hidup dan matinya, insyaAllah.


alfatihah...

buat arwah bonda tercinta

ramlah binti fatimah/yusoh

( 25 ogos 1938 - 7 ogos 2011)/ 7 ramadhan 1432

semoga roh bonda dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan orang2 yang beriman, dikasihi dan dirahmati Allah swt. amin.

innalillahi wa iina illahi rojiun


" ya Allah ya Tuhanku, kasihanilah kedua2 ibu bapaku sebagaimana mereka mengasihi aku waktu kecil. ya Allah, sampaikanlah doa dan al-Fatihah ku kepada roh bondaku. ya Allah, ampunilah dosanya, kasihani dan selamatkanlah dia dan maafkan segala dosa2 dan kesalahanya. muliakanlah kedatangannya, lapangkanlah kuburnya, terimalah kebaikannya dengan rahmatMu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih"


aku anakmu bonda, akan sentiasa mendoakan & merinduimu....



 
http://4.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SRmOy_whcfI/AAAAAAAAAj4/dTf3gtWRnYw/s200/welcome_26.png