isu ini mungkin sedikit sensitif, apa lagi ada panggilan atau istilah anak dara tua bagi wanita yang lambat dan belum kawin atau andalusia (saya pun tak pasti siapa yang cipta perkataan ini, hehehe...) dan bujang terlajak bagi lelaki yang lambat dan belum berkahwin walau umur dah lebih 30 an atau 40 an. apa perasaan mereka2 yang berkenaan bila digelarkan dengan panggilan andartu, andalusia, bujang terlajak, antertu (anak teruna tua - ini saya yang bagi nama , hahaha...)
disini ingin saya berkongsi cerita dan kisah mengenai kawan saya: umur sekitar lebih 30 an. seorang wanita berkerjaya. sudah pasti berjaya dalam akademi. tiada cacat cela dari segi rupa dan fizikal. kini sudah memiliki rumah dan kenderaan sendiri. sudah pun mengerjakan fardhu haji, alhamdulillah...
( semoga aku juga akan sampai kesana nanti, amin)
sekali sekala kami akan keluar jalan2 dan minum2 area 1utama & the curve, damansara. satu hari dia sendiri menyuarakan isi hatinya. (haruss!!! aku tak akan bertanya soalan2 sensitive , kerana aku juga seorang yang memahami, ahaks!!)
sherry (bukan nama sebenar hahaha...) :
tie, u tak bosan ke?
aku:
bosan apa sherry
sherry:
aku dah bosan lah, tiap2 kali jumpa sedara mara, kawan2.. mereka semua kata aku ni tak kawin2 lagi kerana memilih. apa mereka2 ingat semua lelaki yang cuba 2 nak kawan dengan aku tuh semua aku kena layan ker? atau kalau ada sesiapa sahaja yang ajak aku kawin, aku kena terima ke? sebab aku belum kawin, sebab umur aku dah lebih 30, aku nak kena terima siapa sahaja tanpa memilih siapa lelaki itu?
aku:
tu la sherry. mereka hanya tahu bercakap sahaja. biasa lah tuh, mereka just saja2 kot.
sherry:
aku bukan tak pernah berkawan dengan lelaki tie. aku bukan tak pernah bagi peluang kat lelaki2 diluar sana. aku bukan tak pernah buka hati aku ni untuk terima lelaki. aku dah beberapa kali beri peluang. berkawan2 dengan mereka. tapi semua tu tak sesuai untuk aku jadikan calon suami .
aku:
hmmmm... bagus lah. jangan kita kawin kerana org lain kawin. jgn kita kawin kerana umur kita dah banyak, sebab terpaksa dan sebab2 lain. yang nak kawin dan lalui semua tu adalah kita sherry.
sherry:
pernah aku berkawan2 dengan lelaki dulu. tapi ramai yang tak ikhlas. yang nak ambil kesempatan. yang gatal, yang tak jaga solat. ajak aku keluar, tapi time solat tak jaga. semua tu aku rejek tie. nak suruh aku terima lelaki2 sebegitu ke? nak suruh aku pilih lelaki, janji kawin dan tak fikir pasal lain ke? aku wanita biasa jer tie. aku juga lemah. aku harap aku dapat lelaki yang ada asas agama dan tahu bertanggungjawab. nak aku terima lelaki yang tak ada kerja ? suka ke tengok aku yang menanggung makan pakai suami kau? aku belum sedia lah nak jadi wanita sekuat itu , atau bagi aku sebodoh itu.
aku:
sabo jer lah sherry. aku paham apa yang u rasa. i tahu , u tahu mana baik dan buruk.
sherry:
betul tie. aku dah malas nak fikir soal ni . kalau ada jodoh yg sesuai aku akan kawin juga. kalau tak ada jodoh, aku terima tie. aku bukan tak pernah bercinta. antara kami tiada jodoh tie...
aku:
yup. teruskan cara u ni sherry. aku respek dengan u. wanita seperti kita ni mungkin lebih tabah, berdikari, lebih utamakan keluarga. janji kita tak buat sesuatu yang bercanggah dengan ajaran agama sherry. insyaAllah... i hope u akan bahagia juga satu hari nanti . amin.
sherry:
tie, u bila lagi nak cari penganti...
aku:
huahuahua.................... syhhh!!!!!
ni sms yang aku terima dari sherry mingu lepas:
kadang2 kita meminta pada Allah setangkai bunga yang indah, tapi Allah swt berikan kita kaktus berduri. kita meminta kupu-kupu tapi diberikan ulat. kita pun rasa sedih, kecewa bahkan rasa marah. namun akhirnya kemudian kaktus itu pun berbunga indah sekali dan ulat itu menjadi kupu-kupu yang cantik. itulah jalan Allah swt. indah pda waktu-waktunya. Allah tidak memberi apa yang kita harapkan tapi Allah swt memberikan apa kita perlukan. kadang-kadang kita sedih, kecewa, terluka dan berburuk sangka. tapi jauh diatas segalanya Allah sedang meyediakan yang terbaik dalam kehidupan kita agar kita belajar untuk selalu ikhlas & redha. semoga ada jambatan untuk kita mencari lebih banyak cinta Allah dan lebih banyak bunga-bunga & kupu-kupu yang indah akan hadir dalam hidup kita.
terima kasih pah. teringin pergi lagi rumah mak ayah pah di batu kikir n9.
Allah berfirman:
“Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan apa yang Dia kehendaki dan di sisi-Nya terdapat Ummul Kitab.”
(Surah Ar-Ra’d ayat 39)



Jodoh Pertemuan tu semua dah ditentukan Blue..seperti kawan Blue ckp..dia bukan tak beri peluang..namun masih belum berjumpa yg berkenan dgn hatinya..
ReplyDeletesalam ziarah... jodoh rahsia Allah, semuanya sudah ditentukan, mungkin masanya belum tiba, Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya
ReplyDeleteemm....inilah realiti dunia..jodoh dan maut mmg dah ditentukan..hanya masa je kite x tahu
ReplyDeleteAlamak jgn la macam tu? Kalau nak kahwin juge cube tengok jodoh kite dulu kat sini...http://www.ayonikah.com/?mitra=syaifudin
ReplyDeleteterasa besar dan kuatnya ujian Allah pada saya.... Walaupun saya berjaya dibidang kerjaya dan punya harta, tetapi saya selalu gagal dalam rumahtangga hingga kini..... semoga di akhir2 usia ini dapatku temui insan yang dapat memahami dan menemani hidup ini ke akhir hayat... hubungilah saya agyputra@gmail.com
ReplyDelete