bismillah...
jumaat lepas 1 April lepas majlis sambutan harijadi pejabat, aku bergegas pulang ke kampong. ada urusan menghantar dan menjaga mak di hospital.
adakah kerana kebosanan semasa memandu dalam masa 4 - 5 jam , dan ditambah aku seorang pemandu wanita atau kerana honda city baru putih ku yang comel itu? hehehe...
semasa perjalanan dari kl ke kemaman, di lebuhraya timur barat. aku seperti biasa, akan berhenti sekejab di hentian petronas lancang untuk membeli air 100 plus & mineral water. masuk sahaja LRTB , maka secara automatik odometer mesti antara 100 - 120 k/j. kan hadlaju 110k/j. so aku bajet, plusminus 10. so, habis laju bolehlah kot 120km/j tanpa kena saman. betul ke cara berfikir aku ni? hehehe...
seperti biasa, aku antara yang mesti memakai sunglasses ketika memandu atau berada di kawasan yang panas, kerana mata aku jenis tak tahan silau dan sensitif dengan persekitaran yang panas, mata aku akan rasa silau, penat, letih atau seperti nak tertutup je mata ( ala-ala nak tidur gitu). so, dengan memakai spek mata hitam, memandu honda city putih cumel dengan halaju 100-120 km/j(kadang2 terbabas pergi ke 130km/j) sambil memasang cd ( maher zain ) / mp3 ( lagu2 kpop korea) , rupa2nya mengundang ketidakpuasan hati kepada beberapa pemandu lelaki. hahaha....
ada seorang mamat memandu kereta nissan ( apa ntah, tak ingat) merasa ego tercabar kot bila aku memotong keretanya. so, dia cepat2 memotong semula kereta aku dan bila dia didepan aku, dia boleh pulak bawa kereta dengan halaju sekitar 90-100 km/j. bila aku potong semula kereta dia, dia potong semula kereta aku. haiyaaaaaaaaaaaa..... dan dia terus juga bawa kereta sedikit perlahan, bila dia berada di hadapan . hallo bang!!! kalau tak nak bagi aku potong , terus jer lah bawa kereta 110 km/j ke atas. begitu lah aku dan mamat tu, saling berganti2 potong memotong sehinggalah dia akhirnya exit ke gambang. alhamdulillah... aku teruskan perjalanan exit chukai/jabur.
perjalanan masa balik ke kajang.... ( lagi kelakar !! ) 4.4.2011
masuk sahaja lebuh raya dari kuantan, di gambang kalau tak silap, aku memotong sebuah kereta kia spectra warna silver, plet nombor terengganu ( TAY 72XX) . seorang pemandu lelaki juga lah. dengan bersegera dia memotong kereta aku. tapi kali ni, dia menten jer bawa sekitar 110-120 km/j seperti aku juga. so, aku follow jer lah kereta dia tanpa memotong pun. sampai satu masa, dia memperlahankan pula laju pemanduan dia, maybe dia penat or boring kot. so, giliran aku memotong kereta dia. tapi lepas itu, dia memotong kembali kereta aku. aku okay jer, sebab lepas tu dia kembali menten halaju seperti aku juga. tapi sebelum sampai di temerluh, dia perlahankan semula kereta dia, dan aku pun memotong dia kembali. dan sampai di R&R temerluh, seperti biasa, aku akan berhenti untuk ke tandas atau makan kalau aku lapar atau rehat & solat. aku perasan kereta mamat kia tuh pun sama exit ke R&R temerloh gak. tapi aku hanya ke tandas dan tak berasa nak makan. so, aku teruskan perjalanan dan aku nampak kereta mamat kia yg parking berdekatan kereta aku tuh mungkin berhenti makan kot. alhamdulillah... aku pergi dulu lah, moga2 tak jumpa lagi kereta mamat nih. haaaaaaaaaaaa... sebelum sampai karak, tetiba aku perasan kereta mamat kia tadi kat belakang kereta aku dah. follow dekat lak tuh. ishhhhhhhhhhh.... tiba2 dia potong lak kereta aku. hmmmm... biarkan jer lah sampai di plaza tol karak, dia bayar guna touch n go, dan aku bayar guna smart tag. sah2 aku lepas dulu, hahaha... di lebuhraya karak nih lah, aku rasa sedikit bahaya. mamat ni bila aku potong dia, dia potong semula kereta aku, bila dia kat depan kereta aku, dia pulak drive slow jerk. bila aku potong dia, dia potong lagi dan kembali slow bila dihadapan. ada masa aku follow jer dia bila slow. haaaa.. biar sama2 slow. hahaha... begitulah seterusnya kami berganti2 depan belakang ... bila sampai di plaza tol, sah2 aku akan kembali dihadapan dan dia akan kembali memotong. dah sampai kl, aku masuk exit ampang sebab nak balik kajang. mamat kia tuh pun sama? huwaaaaaaaaaaaa... dah masuk kl ni aku lagi takut. mamat ni dah mula follow dan drive sebelah kereta aku sambil menoleh kearah aku dan aku rasa dia ingin katakan sesuatu. tapi aku tak faham lah apa yg dia perkatakan. .. aku toleh2 juga lah kearah kereta dia, ketika dia memandu sebelah kereta aku. tapi macamana aku nak faham sebab , kan tak fokus lak aku memandu kalau asyik menoleh kearah kereta dia. aku rasa dia nak bagi arahan supaya aku berhenti ke apa ntah. hmmm... tak faham tak faham. dah hampir sampai cheras, jalan dah sesak sana sini. kereta mamat kia tu pun dah tak larat nak follow atau dia dah masuk area cheras kut. heeeeeeeeeeee.... aku terus jer perjalanan ke kajang dan selamat sampai. pada mamat kia tu, maaf bro kalau aku ada buat apa2 salah silap semasa pemanduan dan terima kasih ler jadi peneman supaya tak mengantuk hahaha... mungkin kita tiada jodoh untuk jadi kawan, lalala......
ps:
malam tadi bermimpikan( mimpi sahaja okay ) s7 hantar sms , hmmmm....

depa ni xleh pompuan potong kan biru? tercabar kunun hihi...
ReplyDeleteNasib baik lah den keta lama... so tak boleh nak pecut... kalau tak mesti begang mamat2 di lebuh raya tu... bila perempuan memandu laju..
ReplyDeletengeh3x...pasni jumpa lagi ..ada jodoh kot masa tu..hehehe
ReplyDeletemacam siaran langsung je....
ReplyDeletebest...best....:)
ReplyDeletelebuhraya timur barat @ lebuhraya pantai timur (LPT)???
ReplyDelete