saya petik:
KUALA LUMPUR - Kerajaan mungkin mengkaji keperluan mewujudkan satu undang-undang mewajibkan anak-anak memberi nafkah hidup kepada ibu bapa mereka, sekiranya terdapat keperluan dan keadaan yang mendesak. Pengarah Bahagian Warga Tua dan Keluarga, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Mohd. Fazari Mohd. Salleh bagaimanapun berkata, sebarang saranan ke arah mewujudkan undang-undang sedemikian harus terlebih dahulu mengambil kira daripada segi implikasi keseluruhan terhadap hubungan ibu bapa dan anak-anaknya dalam jangka panjang. Menurut beliau, JKM melihat kesedaran menyeluruh semua pihak khususnya anak-anak terhadap tanggungjawab ke atas ibu bapa mereka sebagai pendekatan yang lebih sesuai untuk menangani isu ini.
"JKM mahu kesedaran untuk menjaga ibu bapa datang daripada anak-anak itu sendiri. Sikap menjunjung tinggi ibu bapa merupakan sesuatu yang bersesuaian dengan norma-norma masyarakat negara kita. "Lagipun, masih ramai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab terhadap ibu bapa mereka," katanya ketika ditemu ramah dalam program Kerusi Panas, terbitan Bernama Radio24 semalam. salam... dari cerita diatas, maka banyaklah respon dan komen itu ini.
antara yang respon:
nape perlu ada akta..kalau ibubapa jenis bertanggugjawab..anak2 akn dgn sendiri rela hati dan ikhlas membalas jasa kedua ibubapa.. tp cam ner lak kalau dpt..parents yg x bertanggungjawab..contoh nya ada bapak2 yg ada uit labur kat prempuan simpanan/makwe kat luar..ank2 ngan istri kat umah pandai2 la nak hidup...zaman sekrang ni ada ramai bapa2 yg istri nya bekerja..nak bg nafkah pun kemut..istri2 tanggung diri sdiri ngan ank dgn gaji sdiri...gaji suami ditabur kat betina2 yg kat suka mengikis uit suami org.. si suami lak..pantang digoda, pntang di rayu ...kena lak dpt pucuk muda..cair abis..lum cukup bulan uit gaji da abis..balik umah lak wat muka tembok mintak kat istri konon2 uit da abis coz minyak kete da mahal..ulang alik g keje kena tol lagi... ni bukan tuduhan..coz da jd mngsa lelaki2 keparat yg ada scndal ngan spsesis betina parasit ni..
saya reply:
salam, saya faham apa yg saudari luahkan. dan saya mmg banyak jumpa lelaki2 keparat yg seperti saudari katakan. mmg kita geram dan marah . tapi tak salah dan rugi kan......... bila dihari tua mereka, dihari sakit penin mereka kita anak2 maafkan mereka. tak rugi kita anak2 maafkan kesilapan/kesalahan org tua. walau sukar dan sakit kalau ingatkan kisah2 lalu, namun demi agama kita, demi tjawab kita pada mak ayah kita. berdendam hanyalah merugikan dan menyakitkan hati sendiri pasti kita akan kembali tenang dan bahagia bila kita maafkan mereka (mak ayah ), dan teruskan tjawab kita insyaAllah, mereka juga akan insaf dan sedar dan tahu salah mereka walau pun mereka masih juga tak sedar dan insaf.. sebagai umat beragama, kita jalankan sahaja tugas dan tjawab kita insyaAllah............. ada ganjaran buat kita hati kita juga pasti tenang.
kata aku lagi:
sepatutnya memang kewajiban anak2 beri nafkah pada ibubapa dia dihari tua mak ayah dia tapi sebab aku tengok/tahu sendiri, RAMAI yang tak bagi, tak nak bagi, tak mahu bagi nafkah pada mak ayah sendiri, so aku seakan2 nak setuju jer akta ni walao ada pro n kon, tapi biar anak tu rasa bertanggungjawab .
sedikit cerita:
ada yang kata anak perempuan tak wajib bagi nafkah pada ibubapa mereka sebab kena ikut cakap laki. aku tengok/tahu ramai pulak anak2 lelaki tak bagi juga nafkah pada ibubapa mereka?
nak beri alasan apa lak? sebab kena ikut cakap/takut bini ?
ada pula bini kata tak boleh beri duit pada mak ayah tanpa kebenaran laki, tapi ada ke bini tuh minta kebenaran laki dia ketika nak soping sana sini? dan yang lakinya pula, nak bagi duit kat makayah pun berkira2, alasan anak bini pun tak cukup?
tak kira lah korang laki ke, bini ker?
mak ayah adalah tjawab bersama ketika dihari tua mereka. sakit pening mereka tjawab anak2 tak kira lelaki atau perempuan.
tak rugi berbuat baik pada orang tua...........


good n3
ReplyDelete~takut nak buat pada ibubapa benda2 yang tak elok..
ReplyDelete~risau bila fikir apa anak kita pulak akan buat atau balas pada kita nanti.. semoga Allah sentiasa memelihara kita semua, amin.
setuju
ReplyDeletewadud sokong kak.. kene ada tuh!!
ReplyDeletesemua harus menghormati orang tua mereka dan merawat mereka untuk mendapatkan hadiah maksimum di akhirat read Quran
ReplyDelete