Monday, June 6, 2011

Kitab Cinta & Gatra : Tv Al-Hijrah 114


fazura sebagai mustika


hardy hartono sebagai wali



drama: kitab cinta
tv alhijrah ( 114)

drama melayu + indonesia

pengarah, penerbit dan skrip oleh
erma fatima
diadaptasi daripada sebuah novel nukilan Taufiq Rahman.
bergenre Islamik .

pelakun:
fazura sebagai mustika

hardy hartono danurussamsi sebagai wali

kisah:
mustika pelajar dari malaysia yang pergi ke Aceh dan berkenalan dengan seorang pemuda, bernama wali. seorang gembala kambing yang baik dan alim lalu jatuh hati. wali masih ragu2 untuk membalas cinta mustika kerana merasakan dirinya tidak sepadan dengan mustika seorang anak orang berada manakala dia hanya seorang miskin dan berbeza cara hidup.
bila mustika kembali ke malaysia, mustika telah mengutus surat bertanyakan wali apakah status hubungan mereka. apakah mereka akan melanjutkan hubungan itu menjadi lebih serius?
mustika masih menantikan balasan dari wali....
teman baik wali iaitu irfan , anak penghulu tahu akan hubungan wali dan mustika. manakala kartika pula menyukai wali dan ingin memiliki wali sehingga sanggup memfitnah wali bersama ibunya sehingga diperangkap wali dan mereka di tangkap berkhalwat. wali akhirnya memilih untuk pergi ari kampong itu daripada mengahwini kartika.
mustika datang ke acheh mencari wali dan berjumpa dengan irfan, manakala wali pula telah pergi ke malaysia dalam usaha untuk mencari pekerjaan...


lagu tema : gatra by hafizah naser

Bila Kini Ku Sesali
Di Kala Tak Mungkin Kembali
Saat Jatuh Cinta Lagi
Adakah Yang Masih Mengerti

Aku Masih Disini
Mengira Detik-Detik Terakhir
Kala Rinduku Berdarah
Masihkah Aku Teguh Menantinya

Takkan Terdaya Mengungkapkan Rasa
Satu Antara Resah Yang Berjuta
Hadirnya Gerhana Ketika Terpancar
Pelangi Yang Indah

Saat Tertawa Berbungakan Duka
Bila Ada Dan Tiada Untuk Didengarnya
Hinggakan Berubah Tumpu Lafaz Semua
Aura Gatra-gatra

Takkan Terdaya Mengungkapkan Rasa
Satu Antara Resah Yang Berjuta
Hadirnya Gerhana Tika Terpancar
Pelangi Yang Indah

Saat Tertawa Berbungakan Duka
Bila Ada Dan Tiada Untuk Didengarnya
Hinggakan Berubah Tumpu Lafaz Semua
Aura Gatra-gatra

SINOPSIS DRAMA KITAB CINTA (NOVEL NUKILAN TAUFIQ RAHMAN)

Kisah bermula dengan kehadiran tujuh orang mahasiswa dan mahasiswi untuk membuat kajian di Kampung Telagasari. Kumpulan tersebut terdiri dari Rindu,Dewi, Intan, Zulaikha, Dicky, Doni dan Rangga. Di sana mereka telah bertemu dengan dua orang sahabat yang cukup akrab Umar dan Yusuf. Umar merupakan seorang mahasiswa sebuah universiti di kota manakala Yusuf hanyalah seorang pemuda yang mengabdikan diri pada kampung sahaja oleh kerana dihimpit kemiskinan.

Cinta Zulaikha terhadap Yusuf dinyatakan melalui surat-surat Zulaikha yang dikirimkan kepada Yusuf sekembalinya ke kota. Namun Yusuf dengan berhati-hati membalas surat tersebut agar tidak memberikan pengharapan mahupun tidak melukakan hati Zulaikha.

Namun begitu tanpa disedari, Atikah teman sekampung serta jiran Yusuf turut mencintainya secara senyap-senyap. Perkara ini menjadi buah mulut orang kampung mengenai dua gadis yang mendambakan cinta Yusuf. Ianya membuatkan Yusuf dan ayahnya Ya’kub menjadi serba salah. Apatah lagi Atikah dan ibunya menggunakan pelbagai cara untuk menawan hati Yusuf. Maka timbulah fitnah yang diada-adakan oleh ibu Atikah terhadap Yusuf yang menyebabkan dia membawa diri jauh ke kota demi mengelak berlakunya fitnah yang lebih buruk.

Manakala Zulaikha pula oleh kerana kerinduan cintanya kepada Yusuf, telah mengambil keputusan untuk pergi menemui Yusuf di desa Telagasari. Namun, ternyata kedatangannya itu agak terlewat kerana Yusuf telah pun membawa dirinya ke kota. Maka Zalaikha nekad untuk tinggal di desa itu demi menjaga Ya’kub, ayah Yusuf walaupun ditolak orang tua itu. Zulaikha tinggal bersama Atikah dan ibunya tanpa mengetahui bahawa Atikah dan ibunya telah merancang untuk menghancurkan cinta Zulaikha dan Yusuf dengan memasukkan Umar, sahabat baik Yusuf sendiri sebagai orang ketiga. Maka oleh kerana kesunyian tanpa Yusuf, cinta Zulaikha telah beralih arah kepada Umar.

Di kota, Yusuf bekerja sebagai tukang pengilap kasut disebuah Masjid. Dia juga turut mendapat kepercayaan tuan imam untuk bertugas secara sambilan sebagai muazzin dan penceramah. Disitulah yang membawa kepada pertemuan dengan Ahsin Wijaya, ayah Zulaikah tanpa pengetahuannya. Pak Ahsin begitu tertarik dengan akhlak Yusuf sehinggakan dia menawarkan Yusuf untuk bekerja dirumahnya sebagai tukang kebun. Pak Ahsin telah menguji keikhlasan dan amanah Yusuf dengan beberapa kejadian, namun ternyata Yusuf adalah kuat imannya.

Di desa Telagasari, penduduk heboh memperkatakan bahawa Zulaikha dan Umar akan berkahwin. Ramai penduduk yang mengutuk serta membenci Zulaikha dan Umar. Bagi mereka, Zulaikha merupakan seorang yang munafik dalam cintanya terhadap Yusuf. Manakala Umar pula merupakan penjahat yang sanggup menikam sahabatnya sendiri Yusuf dengan merampas cinta Zulaikha.

Tapi segala-galanya terbongkar pada hari pertunangan antara Umar dan Zulaikha. Bersaksikan semua hadirin termasuk Yusuf dan ayahnya, Umar mendedahkan bahawa Umar sengaja berbuat demikian seolah-olah mencintai dan akan mengahwini Zulaikha demi keselamatan Zulaikha sendiri. Umar tahu perancangan jahat Atikah dan ibunya, lalu berpura-pura mencintai Zulaikha agar Zulaikha terselamat dari perancangan yang lebih jahat lagi. Umar memberitahu dia sekali-kali tidak akan tergamak untuk menghancurkan cinta sahabatnya sendiri. Lalu menyerahkan Zulaikha kepangkuan Yusuf dengan selamatnya.


ps:
sedar ada channel baru tv alhijrah ( astro 114) ketika berada dikampong baru2 ni. bagus sebab banyak slot2 dan drama keagamaan , dah macam astro oasis. aku suka. drama kitab cinta ni aku tak tengok lagi, tapi adik kata best.
harapan aku, selain layan drama kitab cinta , kitab suci al-quran , terjemahan dan kitab2 lain harus diutamakan, insyaAllah...


0 comment:

Post a Comment

 
http://4.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SRmOy_whcfI/AAAAAAAAAj4/dTf3gtWRnYw/s200/welcome_26.png