Monday, June 20, 2011

Kreatif Day : Menjahit Manik Labuci: Corak 3D Lah Pulak...


bismillah...


cantik ke? ahaks!!!
sebenarnya setiap hari jumaat merupakan hari kreatif kat opis ku ini. so, mcm2 aktiviti yg kreatif kami boleh buat ikut kesukaan sekiranya tiada kerja mendesak atau mesyuarat2 yang akan dihadiri. petang pukul 4 petang pula biasanya akan ada senamrobik.
so aku apa lagi, kalau tiada kerja2 pejabat yang perlu aku utamakan, menjahit manik lah perkara yang aku suka nak buat, huhuhu....
tapi aku lebih suka menjahit manik kat rumah. lagi santai.... depan tv !
so, hasil tangan ku yang tak seberapa ni dan ditambah dengan minat kot, maka setiap kali baju baru siap, tak sahlah kalau tak jahit manik/labuci. lepas jahit baru boleh pakai...


terbaru:
baju: kurung riau
material: sutera crepe digital
tema: sekebun bunga kot .
ada bunga, rerama dan rumput ( baru2 belajar)
bahan: manik, labuci, mutiara


baju dah tak berapa baru
guna labuci2 yang lebihan dan manik
corak: ala2 dam gitu


beberapa bulan yang lalu
bagu kurung pahang
material: sutera crepe digital
corak: bunga rafellsia ( eh, cam tak jer? hahah..)
bahan: semua manik
paling lama nak siapkan sebab cam susah dan boring jerk
tak berapa nak kilat sebab silap guna manik
(bukan manik jepun)

baju kurung pesak biasa
material: viskoss ( betul ke ejaan ni?)
bahan: labuci dan sedikit manik
time ni baru2 nak belajar wat jenis2 bungaan
dan sedikit manik tabur

baju kurung yang dah lama
sebab labuci lebihan
dan nak belajar buat corak sisik ikan
corak : sisik ikan?

ni pun sama
sisik ikan 2 color
ikan tosiba kot, hahaha...

kotak manik kesayangan
dari 2 kotak dah ada 4 kotak
beli di parkson ya puan-puan, hehehe...

sebab minat nak belajar dan tak nak g kursus2 berbayar
maka aku sampai sanggup beli buku ni
best....
banyak ilmu gak aku belajar dari buku ni
terima kasih


pagi tadi ada perhimpunan pagi kat pejabat. aku pakai baju yg palin atas sekali tu. pe lagi, peminat2 manik semua serbu... serbu nak tengok lengan baju jer lah. dan2 ada yg ambil gambo. huahuahua...
ada satu lagi baju yang sedang menunggu. hmmm.... sedang kumpul idea.
katanya terbaru corak 3D? ishhhh susah susah. lalala...


3 comment:

  1. wah akak ke buat?
    hebat lar..
    menarik.. :D
    hehehe

    ReplyDelete
  2. salam sis
    wah..
    cantiknya...
    suka yg ada butterfly tu..
    comel....

    ReplyDelete
  3. salam cikbiru..
    yg terbaru ni teknik crumble..mcm menarik jer..leh la terai

    ReplyDelete

 
http://4.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SRmOy_whcfI/AAAAAAAAAj4/dTf3gtWRnYw/s200/welcome_26.png