Wednesday, June 29, 2011

Ustazah Pilihan Vs Solehah : Perlu & Boleh Ke?


vs



ustazah pilihan @ astro oasis
jangka mula: 1 oktober 2011
genre : islamik

tv: astro oasis 106

Ustazah Pilihan merupakan sebuah program realiti terbaru Astro Oasis yang memaparkan para muslimah yang akan dibentuk menjadi seorang Ikon Muslimah yang sejati. Ikon Muslimah yang dimaksudkan merangkumi segala aspek kehidupan seperti pendidik, pembimbing dan juga pemimpin masyarakat. Ustazah Pilihan akan memaparkan kepentingan memikul tanggungjawab sebagai seorang wanita Islam yang bukan sahaja berperanan sebagai seorang isteri atau ibu, malahan peranan sebagai pendidik, pembentuk dan pemimpin generasi akan datang yang mempunyai kebolehan berkomunikasi, pengucapan, pertuturan serta dayafikir yang cukup baik dan matang. ?

Bagi mereka yang berminat untuk menjadi pelapis dan penyambung warisan serta memikul tanggungjawab sebenar sebagai seorang pendakwah dan menjadi ikon muslimah masakini, dijemput hadir ke sesi temuduga yang akan diadakan seperti berikut dari jam 8.00 pagi hingga 5 petang: 9 Julai 2011 - Swiss-Inn Sg. Petani, Kedah 15 Julai 2011 - Hotel Sumai Suite, Kuala Terengganu, Terengganu 23 Julai 2011 - Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru, Johor 30 & 31 Julai 2011 - Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur

Sesi ujian dan temubual ini terbuka kepada semua wanita warganegara Malaysia yang beragama Islam berusia di antara 18 hingga 27 tahun serta sihat tubuh badan. Mereka yang berminat hanya perlu membawa salinan kad pengenalan berserta dua keping gambar 4R. Kelayakan minimum sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di samping mempunyai pengetahuan agama Islam dan hal ehwal semasa yang baik serta menutup aurat.

solehah @ tv alhijrah

Pada setiap sesi uji bakat yang bakal dijalankan, keupayaan peserta akan diukur melalui beberapa aspek. Antara ujian saringan yang bakal ditempuh adalah seperti ujian penguasaan ilmu agama, ujian penguasaan bahasa, ujian bakat serta kebolehan, ujian kepimpinan dan kekeluargaan dan tidak lupa juga penilaian aspek penampilan diri. Ini bertujuan untuk menyenarai pendek 10 peserta terbaik yang akan terpilih sebagai peserta.

Sekiranya anda mempunyai kriteria yang dicari oleh mereka;

  • Wanita Islam berumur 20-30 tahun
  • Mempunyai pengetahuan Islam yang baik
  • Berupaya menyampaikan dakwah secara lisan atau tulisan
  • Berupaya memimpin perbincangan dan mesra kamera
  • Mempunyai daya tahan fizikal dan mental
Tarikh : 25 dan 26 Jun 2011

Tempat : Dewan Sultan Abdul Halim Muadazam Shah,Kolej Universiti Insaniah (KUIN),Alor Setar,Kedah
Masa : 10 pagi – 6 petang

* Sila bawa bersama latar belakang keluarga, akademik, pendidikan, pekerjaan serta sekeping gambar bersaiz 4R.

Untuk maklumat lanjut hubungi talian 03-22601677 sambungan 206/245/247 atau solehah@tvalhijrah.com


bismillah....

aku antara penonton astro oasis & tv al hijrah ini. tapi perlu ke atau boleh ke? ada rancangan berbentuk begini bagi kaum wanita? setelah adanya rancangan imam muda? akademi al quran? aku harap ulamak2 yang bertangyungjawab di luar sana berilah pandangan dan hujah2. tapi masyarakat kini ada ke yang mahu ikut cakap ulamak atau terus sahaja ikut nafsu masing2?
banyak dah aku baca pro & kontra yang komen dalam facebook kedua2 rancangan di atas.

aku antara pengikut tv alhijrah kerana aku suka tengok drama kitab cinta, madrasah , nota az-zahra, assalamualaikum sebab ada segmen khidmat syariah, kalau lah dia masih ada ( rasulallah saw ) - rancangan realiti dari tanah arab, para pencari tuhan dan banyak lagi.
aku juga suka menonton oasis kerana imam muda, zikir2 harian dan banyak lagi.


0 comment:

Post a Comment

 
http://4.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SRmOy_whcfI/AAAAAAAAAj4/dTf3gtWRnYw/s200/welcome_26.png