“Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku,
serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman;
dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan;
dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!” [Nuh 71:28]
“Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” [al-Isra’ 17:24]
aku:
17 julai 2011 , arwah bonda dimasukkan ke icu kerana sesak nafas selepas menjalani hemodailisis buah pinggang . selama 22 hari arwah bonda di hospital, koma 20 hari. 7 ogos 2011 @ 7 Ramadhan 1432, lebih kurang jam 2 pagi arwah bonda kembali ke Rahmatullah .
aku disisi arwah bonda ketika akhir hayat bonda . semoga doa2 ku, bacaan2 yaasin ku dan talkin ku buat arwah bonda diterima Allah swt dan sampai kepada allahyarhamah bonda ketika hidup dan matinya, insyaAllah.
alfatihah...
buat arwah bonda tercinta
ramlah binti fatimah/yusoh
( 25 ogos 1938 - 7 ogos 2011)/ 7 ramadhan 1432
semoga roh bonda dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan orang2 yang beriman, dikasihi dan dirahmati Allah swt. amin.
innalillahi wa iina illahi rojiun
" ya Allah ya Tuhanku, kasihanilah kedua2 ibu bapaku sebagaimana mereka mengasihi aku waktu kecil. ya Allah, sampaikanlah doa dan al-Fatihah ku kepada roh bondaku. ya Allah, ampunilah dosanya, kasihani dan selamatkanlah dia dan maafkan segala dosa2 dan kesalahanya. muliakanlah kedatangannya, lapangkanlah kuburnya, terimalah kebaikannya dengan rahmatMu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih"
aku anakmu bonda, akan sentiasa mendoakan & merinduimu....



alfatihah... moga rohnya ditempatkan bersama roh orang -orang yang beriman , amin
ReplyDeletealfatihah dan saya mengaminkan doa awak itu .. memang perit kehilangan bonda lebih2 lagi menjelang raya. namun kita semua hanya pinjaman, sampai waktunya akan dijemput kembali.
ReplyDeletetakziah saya kepada awak sekeluarga.
alfatihah buat arwah bonda
ReplyDeletedan salam takziah dari saya
Salam Takziah Blue...Lama nya saya meninggalkan sahabat saya yg satu ni...jarang saya kini masuk kerumah kamu....sahabat jenis apakah saya ini....saya mohon ampun atas kecuaian ini..IsyaAllah saya akan kunjungi Blue semula...Semoga Roh Bonda Blue ditempatkan dikalangan Insan2 yg beriman dan diredhai...Aminnn...
ReplyDeleteSalam takziah untuk blue sekeluarga.
ReplyDelete- Al Fatihah - semoga roh ibu tersayang ditempatkan dikalangan org yg beriman. Amin
إنا لله و إنا إليه رجعون.....الفتحة
ReplyDeletesemoga Allahyarhamah Bonda anda di tempatkan
di kalangan solehah.
Buat penulis, selamat berpuasa..di berkati Allah selalu.Lama menghilang?
takziah...
ReplyDeleteal-fatihah untuk bonda akak...
semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan org yg beriman
IM juga doakan muga Allah rahmatinya..
ReplyDeletesinggah sini.. lama tak jengah.....salam eidulftri....
ReplyDeleteAssalamualaikum akak
ReplyDeleteAllah.. Maiza baru tahu.. lama tak online.. semoga roh bonda akak di cucuri rahmat..
Al-Fatihah
Salam AidilFitri.. maaf zahir dan batin